Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 54)

London
  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 54)

London

Sejak awal 2000, saya kerap ke London untuk seminar tahunan & mesyuarat penasihat Syariah bagi beberapa bank & dana Islam. 3-4 kali setahun. Kota London sudah sebati dengan saya. Lapangan terbang Heathrow amat intim seolah2 setiap kali saya sampai, ia akan tersenyum kepada saya; "Welcome back to London my good friend".

Saya juga tersenyum lebar setiap kali saya menjejak kaki di jambatan udara menghubungi kapal terbang dengan lapangan terbang. Udara London yang segar memang mengasyikkan. Setiap langkah di atas lantai lapangan terbang Heathrow seolah2 memahat idea & mimpi baru. Memang London yang terkenal dengan kepelbagaian (diversity) & kesungguhannya (intensity) adalah resepi bagi berani & suka untuk berimpian.

Selepas habis seminar atau mesyuarat resmi, saya ada dua aktiviti utama. Lawati library di universiti & majlis sosialisi dengan rakan2 di London dari pelbagai bangsa & kepercayaan. Kedua2nya amat kaya & berisi. Kadang2 lebih subur dari seminar. Perbincangan di atas meja makan di London selalunya mengenyangkan minda. Kalau di tempat lain, hanya kenyang perut. Di sini, jarang minda & emosi tak kenyang.

Saya juga sudah pandai cari restoran Malaysia di London. Saya juga sudah pandai bershopping. Ini aktiviti biasa apabila terbang jauh di tempat orang. Ada tarikan mencari makanan pilihan & membeli belah mencari hadiah buah tangan.

Apabila saya ke London, saya akan cuba berjumpa dengan rakan2 pelajar Malaysia yang saya kenal. Saya selalu buat ini sehinggalah tahun 2020 bila pandemik menyerang dunia. Di awal tahun 2000, saudara (Dr.) Azam Adil masih membuat PhD beliau di SOAS. Saya akan bawa buku2 yang diperlukan beliau dari Malaysia. Kami juga kerap berjumpa di kedai2 makan. Sewaktu saya membuat PhD di awal 1990an, saya akan tumpang tidur dirumahnya bila saya di London. Beliau berjaya menamatkan PhD di SOAS 3 tahun tepat. Tabik spring.

Saya sudah semakin kerap terbang. Hati dah rasa tak selesa bekerja di agensi kerajaan (UIAM). Tidak mungkin saya akan terus sebegini. Untuk terbang lebih tinggi & kerap saya kena bebas seperti seekor burung. Resign?

Nanti cerita seterusnya.

#terbangbersamamdb

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts